Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Kiriman Istimewa Dari Ayahanda

Anakanda ayah, Ketika anak ayah keluar daripada perut ummimu, ayah ternanti-nanti akan teriakan pertama anakanda. Entah mengapa, setiap kali anakanda menangis ayah sentiasa tersenyum. Comel sungguh suara anakanda. Itulah fikiran ayah. Pada saat-saat yang lain, ayah seringkali mencubit lengan ayah berkali-kali . Ayah seperti seolah-olah sedang bermimpi-mimpi di awangan. Masyaalah, “aku sudah ada anak yang selama ini sangat aku nanti-nantikan” . Itulah kata-kata yang sering bermain di fikiran ayah. Anakanda ayah yang dikasihi, Pada hari pertama ayah memandikan dirimu, ayah berasa begitu sungguh sebak dan terharu. Jiwa ayah pada ketika itu penuh dengan nikmat syukur kerana sedang menikmati nikmat memandikan anak ayah buat kali pertamanya. Ayah menangis dan ayah menangis. Ummi hanya melihat air mata ayah yang turun dengan laju setelah sebegitu lama ayah tidak memperlihatkannya di hadapan ummi. Pada saat itu, ayah berasa sangat hina dan rendah diri di sisi A...

SIHIR

Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukanOleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkandirimereka kepada syaitan-syaitan jin : 1. Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapakkakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.2. Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis,kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.3. Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.4. Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.5. Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan6. Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.8. Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucin...

Biodata Cikgu Ayu

Imej
Assalamualaikum... Dilahirkan pada 19 Mei 1985 di Hospital Besar, Melaka dan diberi nama Rohusni Ayu Binti Abu Shah. Menerima pendidikan yang pertama oleh Ibu Bapa yang juga berasal dari Melaka. Dibesarkan di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.  Anak Ke-3 daripada 7 orang adik beradik. Berkahwin pada tahun 2006 dengan orang Penaga, Pulau Pinang yang merupakan seorang anggota polis. Pendidikan: Tadika Harmoni Sq.Way,  Sekolah Kebangsaan Taman Medan  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan Pengalaman Bekerja : Kilang Western Digital (2 Bulan) Kilang JVC (2 Bulan) PDRM (2004 hingga kini) Anak: Muhammad Aliff Zakhwan (2007) Muhammad Azmil Najmi (2008) Muhammad Umar Mukhriz (2012) Sufi Amanda (2014) Pengacara Majlis (Protokol)